Arah kiblat ikut mata hari biography
Mata hari photos...
CARA SEMAK ARAH KIBLAT SENDIRI GUNA (Hp & Kedudukan Matahari)
Kepada umat islam di Malaysia yang ingin semak arah kiblat yang tepat, semestisnya ingin mengetahui caranya.
Arah kiblat ikut mata hari biography
Disini kami akan kongsikan cara menyemak menggunakan kedudukan matahari dan juga di telefon, semoga membantu.
APAKAH KIBLAT
Kiblat ialah arah yang ditetapkan menghadap Kaabah di Masjidil Haram di Mekah, Arab Saudi.
Arah ini ialah arah yang semua umat Islam perlu hadap apabila menunaikan solat, di mana-mana sahaja mereka berada di dunia.
KEDUDUKAN MATAHARI TEPAT DI ATAS KAABAH
Arah kiblat yang tepat boleh diperolehi apabila berlaku fenomena istiwa a’dzam atau istiwa matahari tepat di atas Kabaah.
Fenomena ini akan berlaku 2 kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) bersamaan dengan nilai latitud tempatan. Ketika fenomena ini, semua bayarang yang terhasil daripada satu objek tegak, menghala ke arah matahari adalah bersamaan dengan arah kiblat.